Monday 21 November 2016

Uzapan Ketua Pengawas

KETUA PENGAWAS

Salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca majalah MEKAR edisi ke-30 pada tahun 2016. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada guru-guru penasihat dan ahli-ahli Sidang Redaksi Majalah Mekar 2016 kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan majalah tradisi sekolah ini. Syukur kepada Allah atas kejayaan penerbitan majalah sekolah bagi tahun 2016. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini.
Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar SMK PASIR GUDANG kepada Lembaga Pengawas amat saya hargai. Elemen kerjasama tersebut amat penting bagi mencapai objektif Lembaga Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Segala kritikan yang membina  dan maklum balas daripada semua pihak terhadap Lembaga Pengawas amat kami hargai demi meningkatkan kredibiliti Lembaga Pengawas SMK PASIR GUDANG.
Kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri murid harus diseimbangkan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seseorang pelajar.

Sekian, terima kasih.


BERUSAHA BERDISIPLIN BERILMU


MUHAMMAD ZAHIRUDIN 

SR16-1



Sunday 20 November 2016

UCAPAN KETUA EDITOR




SERUMPUN CINTA UNTAIAN PENA
KETUA EDITOR MAJALAH MEKAR 2016

Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
                Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK PASIR GUDANG, iaitu Majalah Mekar edisi ke-30. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada guru penasihat dan Team Sidang Redaksi 2016 atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK PASIR GUDANG. Majalah MEKAR 2016 ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat mereka yang sememangnya terpendam lama. Di majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para pelajar Tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK PASIR GUDANG yang tercinta.
                Penghasilan Majalah Mekar 2016 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK PASIR GUDANG bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh para pelajar SMK PASIR GUDANG turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di SMK PASIR GUDANG pada tahun yang cukup bermakna ini.
                Sebagai ketua editor Majalah MEKAR 2016, saya mewakili Team Sidang Redaksi 2016 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Majalah MEKAR 2016 akan tetap tersemat di hati warga SMK Pasir Gudang. Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMK PASIR GUDANG dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
            

MUHAMMAD SYAHMIE BIN SHAHRUDDIN