
SERUMPUN CINTA UNTAIAN PENA
KETUA EDITOR
MAJALAH MEKAR 2016
Dengan kalam
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur
kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita
saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK PASIR
GUDANG, iaitu Majalah Mekar edisi ke-30. Sekalung penghargaan, penghormatan dan
tahniah diberikan kepada guru penasihat dan Team Sidang Redaksi 2016 atas
berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam
menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK PASIR GUDANG.
Majalah MEKAR 2016 ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan
mengasah bakat mereka yang sememangnya terpendam lama. Di majalah ini jugalah
tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan para pelajar untuk dijadikan
kenang-kenangan terutamanya bagi para pelajar Tingkatan 5 yang akan meninggalkan
SMK PASIR GUDANG yang tercinta.
Penghasilan
Majalah Mekar 2016 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK PASIR GUDANG
bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum
mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh
para pelajar SMK PASIR GUDANG turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini
turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di SMK PASIR GUDANG pada tahun
yang cukup bermakna ini.
Sebagai
ketua editor Majalah MEKAR 2016, saya mewakili Team Sidang Redaksi 2016 ingin
memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah
ini dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada
Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Majalah MEKAR 2016 akan tetap
tersemat di hati warga SMK Pasir Gudang. Semoga dengan penghasilan majalah ini,
semua kenangan dan memori indah bersama SMK PASIR GUDANG dapat dipotretkan
untuk tatapan masa yang akan datang.
Sekian,
terima kasih.

MUHAMMAD SYAHMIE BIN SHAHRUDDIN
No comments:
Post a Comment