Monday, 21 November 2016

Uzapan Ketua Pengawas

KETUA PENGAWAS

Salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca majalah MEKAR edisi ke-30 pada tahun 2016. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada guru-guru penasihat dan ahli-ahli Sidang Redaksi Majalah Mekar 2016 kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan majalah tradisi sekolah ini. Syukur kepada Allah atas kejayaan penerbitan majalah sekolah bagi tahun 2016. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini.
Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar SMK PASIR GUDANG kepada Lembaga Pengawas amat saya hargai. Elemen kerjasama tersebut amat penting bagi mencapai objektif Lembaga Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Segala kritikan yang membina  dan maklum balas daripada semua pihak terhadap Lembaga Pengawas amat kami hargai demi meningkatkan kredibiliti Lembaga Pengawas SMK PASIR GUDANG.
Kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri murid harus diseimbangkan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seseorang pelajar.

Sekian, terima kasih.


BERUSAHA BERDISIPLIN BERILMU


MUHAMMAD ZAHIRUDIN 

No comments:

Post a Comment